Tuesday 2 September 2014

Pengenalan Darussyifa' Langkawi

Salam perkenalan daripada Darussyifa' Langkawi. Blog ini dicipta untuk membolehkan segala aktiviti Darussyifa' Langkawi dipaparkan demi untuk makluman penduduk sekitar Langkawi khasnya untuk meneliti dan meyakini bahawa perubatan Islam berlandaskan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W adalah sesuatu yang perlu diyakini sepenuhnya.

Darussyiffa' Langkawi bermula dengan beberapa orang perawat yang dijijazahkan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din yang merupakan pengasas Darussyifa' Malaysia yang berpusat di Bangi. Sehubungan dengan ini pada tahun 2013 ambilan pertama Kursus Pengubatan Islam Langkawi telah diadakan. Kursus diadakan selama setahun. Pada akhir tahun 2013 perawat-perawat ambilan pertama ini telah diijazahkan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din iaitu seramai 40 orang perawat. Namun begitu atas beberapa hal yang tidak dapat dielakkan hanya seramai 25 orang sahaja yang bergerak aktif dalam merawat.

Pusat Rawatan Darussyifa Langkawi bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan adalah seperti butiran di bawah:

           Lokasi : Masjid Lama Temoyong
           Masa : 9.00 pagi hingga 12.00
           Hari : Sabtu

           
           Lokasi : Bilik Seminar Masjid Al- Hana Kuah
           Masa ; Selepas Isyak (9.00 - 11 malam)
           Hari : Jumaat ( malam)

Keterangan Lanjut bolehlah menghubungi :

Ustaz Reza ( 01114425512)
Ustaz Zahudin (0183184540)
Ustaz Jalal ( 0175000140)
Ustaz Shamsul (0124102926)
Ustaz Azman (0124203727)

2 comments:

  1. Lawatan ahli darussyifa langkawi ke darussyifa pusat di bangi

    ReplyDelete
  2. Lucky Club: The world's biggest casino site!
    Lucky Club luckyclub is your new online casino, and if you enjoy a game you can play for free, we've got you covered. The Lucky Club slot is a very cool,

    ReplyDelete